PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang profesional
bagi mewujudkan Pertubuhan Peladang (PP) sebagai organisasi perniagaan yang
kukuh dengan:
·
Menyediakan perkhidmatan kejenteraan, pengangkutan
lading, pembekalan input-input pertanian pada harga yang berpatutan dalam
tempoh 7 hari dari tarikh pesanan diterima.
·
Mengkaji dan menganalisa serta meluluskan
permohonan pembiayaan projek (pinjaman dari PPK) atau memanjangkan pinjaman
luar dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan diterima.
·
Menjelaskan semua bayaran dalam tempoh 1
minggu selepas penerimaan dokumen-dokumen tuntutan yang lengkap.
·
Menjawab surat-surat dan aduan yang diajukan
secara rasmi dalam tempoh 1 minggu dari tarikh terimaan surat berkenaan.
·
Mengedar Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan
kepada petani selewat-lewatnya 1 minggu sebelum tarikh menanam tertakluk kepada
bekalan stok.
·
Memproses permohonan menjadi ahli dan
mengemukakan kepada Mesyuarat AJP untuk kelulusan dalam tempoh 1 bulan.
·
Menyediakan laporan-laporan kepada pihak
berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.
·
Memberi latihan dan motivasi kepada 40
peratus ahli-ahli sekurang-kurangnya 1 kali sebulan.
·
Memberi perkhidmatan mesra pelanggan setiap
masa.
Comments
Post a Comment